My Story So Far

January 15, 2010

Anak ‘buang’ bapa di pusat dialisis Perlis

Filed under: My Story — ais putih @ 6:00 pm

15/01/2010 4:39pm

KANGAR 15 Jan. – Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di sini semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.

Lelaki yang berasal dari Kodiang, Kedah itu menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan, tetapi sehingga pusat tersebut menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.

Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis berkenaan telah menghubungi anaknya tetapi anak tersebut tidak datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temu bual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai seorang anak perempuannya.

Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.

– Bernama

**** tidak sepatutnya terjadi..apa sudah jadi..bagai membuang kucing peliharaan ditepi jalan..

December 7, 2009

Tense Hour

Filed under: My Story — ais putih @ 8:15 am

Semalam ada taklimat Kerja Kursus Berasaskan Ilmu..

Macam-macam ada ketika taklimat ini berlangsung..Tidak mahulah daku bercakap mengenai kebaikan dan keburukan dalam sesi taklimat ini..sebab memang macam-macam fe`el yang timbul..

Apa yang menarik perhatian aku ialah..Bagaimana orang yang memahami psikologi dapat mengubah suasana/perasaan dalam sekelip mata..dari menjadikan seseorang itu berasa tertekan tiba tiba menjadi lembut hati..bagaimana seseorang yang marah boleh jadi senyum..dapat mengubah dari gembira kepada tertekan..santai kepada tension kemudian happy semula..hanya dengan mendengar olah-olah kata dari orang yang memahami psikologi..itu adalah kemahiran yang aku belum ada..

Magical stuff..Impressive..

December 6, 2009

Tanah Tumpah

Filed under: My Story — ais putih @ 11:16 am

Assalamualaikum W.B.T

Hehehe..apa yang penting hari ini adalah hari terakhir di maktab bagi cuti bulan 12 ni..tidak sabar sudah mau balik W.P Labuan. Cuma yang masih menjadi ketidak berapa pastian..keke..nak balik bila..pagi esok atau petang esok..Feri ke Labuan ni ada dua kali saja sehari..satu jam 10.30 pagi yang memaksa aku bertolak jam 7.00 dari Kota Kinabalu ini..manakala feri kedua pada jam 4.30 petang..yang menuntut aku untuk bertolak sekitar jam 1.00 petang dari kota kinabalu..

Malam ini aku fikirkanlah mana satu yang ku pilih..selepas menimbang sana sini faktor yang rasional..hehe..Lagipun masih banyak yang ku perlu lakukan lagi di kota kinabalu ini..Daku nak beli buku kerja j-Qaf untuk kegunaan tahun depan..Kalau lambat beli…habislah dia..maka susahlah jadinya daku ini nanti..nak kena buat latihan budak-budak dengan kreativiti daku yang tidak berapa kreatif ini..hehehe…

Sekarang ku mengapdate dari bilik C41..IPGM Kampus Gaya..Kelas Bahasa Arab (Major)..yang diajarkan oleh Ust Tengku..

Jumpa Lagi nanti naaa

December 3, 2009

Kenduri

Filed under: My Story — ais putih @ 5:26 pm

Assalamualaikum…

Apa kabar kepada pembaca-pembaca yang singgah atau tersinggah ke blogku ini. Aku online dari bilik C41, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya…Masih setia menggunakan Celcom Broadband..Thanks..hehe..Malam ini aku dan kawan-kawan akan mengikuti taklimat Praktikum KPLI j-QAF untuk tahun depan..erghhh.. dapat ku bayangkan mengenai kerja kerja atau tugasan tugasan yang bakal menjenguk aku dan meminta untuk ianya diselesaikan..kekeke..

Bercerita mengenai tajukku hari ini..adalah semalam seorang hamba Allah menjemput untuk menyertai dia ke kenduri..Melihat gaya percakapan pun memang pasti ianya bukan ajakan ayam ayam..sehingga meminta tolong untuk menggantikan dia membaca doa..hehehe..tapi bila sudah begitu..hamba yang dijemput ini pun balik lah kebilik..dengan membawa sahabat-sahabatnya pergi sekali..maka bersiaplah mereka ini untuk pergi ke kenduri nun…

Sempay si hamba ini menulis mesej kepada yang mengajak ini agar pergi ke bilik nya dahulu sebelum bertolak ke kenduri tersebut..Namun begitu apa yang terjadi..

Hamba yang mengajak itu pergi tanpa kata kata..tinggallah yang diajak ini terpinga-pinga..

Kesian…dan tak patut..

December 2, 2009

Penyuburan Diri Insan Guru

Filed under: My Story — ais putih @ 10:13 am

Sukan Sekolah 2009

Daku tengah berada didalam kelas Penyuburan Diri Insan Guru..(PDIG)..hehe..Sambil-sambil kelas tengah berehat sebentar..ku mengambil peluang untuk melayari internet..(thanks to celcom broadband)..hehe..Lepas nih aku akan buat pembentangan slide power point nun..Berkisar tentang Kesedaran Alam Sekitar..

4 hari lagi interaksi dimaktab akan tamat..kekeke..nak balik rumahhhhhhhh..tengok tv..baring-baring di ruang tamu..hehehe..

December 1, 2009

Filed under: My Story — ais putih @ 1:06 pm

Dalam kelas

7 Disember 2009..
Habis interaksi disember..
Arrghhhh..Lamanya lagiiii..

November 19, 2009

Sukan Sekolah

Filed under: Uncategorized — ais putih @ 2:13 am

October 31, 2009

Student Ku : Nurayeen Terrence

Filed under: My Story — ais putih @ 11:34 pm

ain

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini kita berkenalan dengan murid ku. Nurayeen Terrence nama diberi. Hehe. Berasal dari Melalap, Tenom. Seorang yang happy go lucky. Kadang-kadang sensitif. Tidak mempunyai masalah pembelajaran yang serius. Kadang-kadang kuat merepot. Hehe. Always looking forward untuk menolong guru.

Apapun..dia tinggal bersama dengan neneknya di Kg. Melalap. Neneknya bukan beragama Islam. Ibu Bapanya berada di labuan. Dengarnya Nurayeen ini tidak diterima untuk masuk ke darjah satu sekolah-sekolah yang ada di Wilayah Persekutuan Labuan sana. Hairannya tadikanya di Labuan. Bagaimana sampai tidak boleh diterima belajar di W.P Labuan??

ainuy

Nurayeen anatar pelajar yang mudah menerima pelajaran didalam kelas. Tetapi oleh kerana disekelilingnya tidak berapa merangsang untuk mengingati pelajaran menyebabkan dia mudah terlupa dengan apa yang telah dipelajari. Tapi bila sudah dingat berkali-kali. Nurayeen akan dapat menguasainya. hehe..

Apapun..harapan guru-guru agar dia menjadi orang yang berguna sentiasa tinggi..semoga berjaya..

October 16, 2009

Durian

Filed under: My Story — ais putih @ 7:23 pm

beskal

(Penutupan Hari Kemerdekaan S.K Melalap, Tenom, Sabah)

1. Esok aku akan kembali ke W.P Labuan. Kampung yang sentiasa dihatiku. Disanalah segalanya bermula. Lahirku disana. Tinggalku pun disana. Bertemu tunangku pun disana. Semua disana. hehehe. Apapun bukanlah bermaksud kehidupan ku di Tenom ini tidak ku sukai. Malahan Tenom ini memang tempat yang sesuai dengan aku. Kerja tidak sibuk seperti di Labuan. Bandar@Pekan tidak sibuk seperti Labuan. Aman dan Damai gitu..

2. Sebelum balik labuan. Adik daku sudah siap pesan durian yang melimpah ruah dekat tenom ini. Lepas solat Jumaat tadi, aku pegi beli durian di Pasar Tenom. 10 Kilogram ku beli dengan harga yang berpatutan. Aku suruh buka dekat situ jugak..sebab aku nak masuk dalam tupperware nun..sambil2 ku memindah durian ke dalam tupperware sempat juga seulas sepuluh masuk ke perut ku..kekke..

3. Esok jam 7 dah jalan ke Kota Kinabalu..Banyak lagi urusan di Kota Kinabalu sebenarnya..ingat mau tengok-tengok@beli-beli kat KK..tengok lah nanti macam mana..

Durian dari Kg. Sook Keningau sudah mari….

October 13, 2009

Temporarily Out Of Service

Filed under: Uncategorized — ais putih @ 12:33 am

offshore

(Labuan Shipyard – Wilayah Persekutuan Labuan)

Assalamualaikum w.b.t

1. Hari isnin kelmarin.sekarang sudah hari selasa. Hari selasa yang baru berusia 2 minit.keke.12.02 pagi.Tiada pa yang berlaku disekolah hari ini.proses pengajaran dan pembelajaran tuh berjalan dengan baik. Cuma ada laporan yang sekolah lambat hantar ke PPD Tenom..Laporan Abakus ke apatuh..Bukan bidang ku yang pasti..hehe..

2. Aku masih lagi mengajar bebudak ni supaya siap kerja dalam masa waktu yang ditetapkan..Adalah beberapa pelajar yang sudah bertransformasi..Tadi senang saja..siapa tak siap kerja..tak boleh makan di RMT (Rancangan Makanan Tambahan)..Aku tunggu di dewan RMT lepas kelas..”kalau dah siap..bawa buku..jumpa saya di dewan RMT..dan ambil makanan”..hehehe..

3. Lepas sekolah..aku pergi ke Keningau..Mengantuk ku dalam perjalanan..namun ku gagahi juga pergi ke keningau..Ku rancang nak tidur sekejap di rumah keluarga tunangku..tapi ku rasa macam segan pula..haha..lagipun mak tunangku mesti tengah sibuk di sawah nun..malas daku nak mengganggu..hehehe..

Mesin cash deposit CIMB..out of service..

Older Posts »

Create a free website or blog at WordPress.com.