My Story So Far

October 11, 2009

Irritated Throats

Filed under: My Story — ais putih @ 10:05 pm

bngau

(Gambar diatas ialah kawanan bangau di pantai kampung tg.aru, W.P Labuan)

1. Hari ini durian dibawa dari Limbang. Kebetulan kawan serumah ku pergi ke Limbang untuk mengunjungi keluarga tunangnya. Durian Pulu dan Durian Kuning. Sedap. Tidak seperti durian putih yang biasa kita nampak. Terima kasih bah Kamaruddin..

2. Sejak dua tiga hari ini aku diserang batuk. Sakit leher ku batuk. Ujian Tuhan kepada ku. Ku terima dengan redha. Semasa mengajar di kelas pun ku diserang batuk. Payah ku nak mengajar. Mana nak layan karenah anak-anak murid lagi..Minum breacol saja…

3. Minggu depan ku rancang nak ambil cuti dua hari. Nak menghadiri majlis kenduri keluargaku sempena mama dan bapa nak menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah.Akan berlepas pada 28 Oktober ini kalau tiada aral melintang..semoga selamat perjalanan..

4. Besok mau pigi sekolah..

Birdie..

Filed under: My Story — ais putih @ 2:07 am

burungan

Gambar diambil ketika cuti aidil fitri di W.P Labuan..Masih perlukan improvement..

Dua situasi dalam sosio ekonomi pelajar di bandar dan di luar bandar..

1.Pelajar bandar selepas tamat sekolah akan berjalan-jalan di sekitar bandar/pekan. Lagipun sekolah dekat dengan bandar. Selepas pusing sana dan sini..rasa lapar pun menjelma..Jom kita makan di kfc..Masuk dengan bangga ke kfc..liar mata menjeling ke seluruh pelusuk restoran kfc..manalah tahu ada boyfriend/girlfriend yang menarik perhatian..RM 5.00 – RM 10.00 keatas sudah pasti dihulur dengan senyuman kepada kakak/abang yang berada dikaunter kfc itu..banyaknya belanja anak-anak ini..

2. Kringgg..tamat persekolahan..masa untuk pulang bagi sibudak kampung itu..fikirannya masih ligat untuk berkira-kira membantu keluarga menyemai benih padi..dilihatnya kereta banyak diluar sekolah mengambil anak kesayangan masing-masing..dia perlu menunggu bas sekolah tidak berlesen untuk mengambilnya..sampai ke rumah..trus ke dapur untuk mengisi perut yang lapar..tudung saji dibuka..gembiranya hati bila terlihat ada lauk ikan masin dan baki telur masin kelmarin..semuanya masin-masin..ianya lebih baik dari selalu..

Berbezakan…

October 10, 2009

Another…

Filed under: My Story — ais putih @ 10:20 pm

potong

October…

Filed under: My Story — ais putih @ 10:00 pm

bunga

September 14, 2009

Aidil Fitri Menjelang Tiba..

Filed under: Uncategorized — ais putih @ 11:14 pm

Assalamualaikum w.b.t

Seolah-olah blog ku ini hanya diapdate untuk sebulan sekali sahaja..hehe..tidak lah sampai begitu..kadang-kadang aku sampai diulit rasa bersalah terhadap blog ku ini..Sehingga ingin menekan blogku yang telah ku bookmarks di Mozilla pun takut ku tekan..rasa bagai dibayangi rasa bersalah gitu..keke..

Apapun..macam-macam yang terjadi disebalik bulan ramadhan yang kembali bersama kita pada kali ini..Bulan september ini khususnya dijalankan peperiksaan UPSR 2009..Sekolah ku S.K Melalap tidak kurang juga sibuknya..terutamanya bagi guru-guru UPSR..pening kepala mereka memikirkan anak murid yang bakal berperang gitu..apapun doa tetap dipohon berharap agar anak-anak didik ini berjaya dalam peperiksaan UPSR..

Ramadhan ini juga aku dijemput untuk menjadi imam solat tarawih di Masjid Hidayatullah, Kalang, Tenom..Selama tiga hari berturut-turut ku dimasjid tersebut mengimamkan jemaah.. Alhamdulillah tugasan itu telah kulaksanakan dengan sehabis baik..semoga Allah menerima ibadah kaum musliman dan muslimat di seluruh dunia ini..hehehe..

Solat Tarawih di Tenom ini boleh dikatakan unik..hehe..mungkin itu disebabkan integrasi rakyat Malaysia..kesan dari kedatangan Ustaz-ustaz dari semenanjung..membawa pelaksanaan tarawih dari semenanjung dan sebagainya..Ada juga yang anak-anak sekolah rendah yang menjadi bilal tarawih..bangga aku bila ku melihat kebolehan mereka ini..ianya berlaku di surau kecil di pinggir pekan tenom…Surau Kg Bunut..hehe..Kemudian ada yang memberikan tazkirah pendek selepas rakaat ke empat tarawih..first time juga ku melihat begini..ini berlaku di Masjid Kg Chinta Mata, Tenom..macam-macam ada..bagus kan..

Besok pula..penutupan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 52 akan diadakan disekolah ku..Macam-macam program yang telah diatur..Insya Allah nanti akan ku kongsikan bersama perjalanan program itu..dan besok juga hari terakhir persekolahan bagi sekolah ku..bermula 16 sehingga 27 september 2009..hihihi..

Besok juga..aku akan bertolak ke Keningau..nak pergi kerumah bakal mak mertua ku..hari tuh sudah berjanji mau berbuka puasa bersama mereka..Jadi sebelum balik ke Labuan pada 17 September nanti..aku stay di keningau dulu 15 sehingga 16 september tuh..hehehe…

Insya Allah..semoga semua orang yang merayakan aidil fitri pada tahun ini dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh Allah S.W.T

August 5, 2009

Bulan Lapan..

Filed under: My Story — ais putih @ 10:56 pm

kolpiop

OK..murid-murid sekalian..sekarang nih kita berada di bulan apa? bulan lapan cigu!!!..

hermmm..salah!!!..kekekek..

jawapan sebenar : naakedremek nalub

Sekarang sekolahku tengah merayakan bulan kemerdekaan dengan meriah..setiap pagi murid-murid berkumpul di kawasan perhimpunan untuk menyanyi lagu-lagu patriotik..disambung pula dengan bacaan-bacaan puisi-puisi indah dari guru-guru dan murid-murid sekalian..hehehe..berbagai lagi program sempena bulan kemerdekaan ini diatur..khas untuk menyemai nilai-nilai itu dihati murid-murid..

Semangatnya mereka tidak perlu dipersoal…kita??

July 31, 2009

Pop Up Appearances..

Filed under: My Story — ais putih @ 4:57 pm

back

Assalamualaikum W.B.T

Kiranya ku rasa bulan julai ini penuh dengan aktiviti di sekolah ku..ditambah lagi dengan kerja-kerja personnelle yang tidak dapat dielakkan begitu sahaja. Akhirnya dapat juga ku meluangkan masa ku di ruang wordpress ku ini untuk menulis beberapa plot plot kesah yang menarik..kunun..hehe..ketahuilah bhawa setiap detikmu itu menarik..cuma manusia mengekspresikannya melalui berbagai cara..hihi..

Banyak program berlangsung sepanjang kehibernasinya aku di sini..program bengkel UPSR selama beberapa hari..first time ku tidur di sekolah masa tuh..hehe..murid-murid semua tidur di khemas..aku guru tidur di bilik guru..wekekeke..kata muridku ” ustaz bulih ikut tidur sini kah”..aku pun berkata dengan gembira “Heppp..tidak bulih”..hehehe..

Selepas tuh aku menjadi sibuk lagi apabila Persatuan Pelajar Islam S.K Melalap melaksanakan Minggu Penghayatan Islam..aku antara urusetia yang kesana kemari menguruskan segala bentuk aktiviti khas untuk murid-murid yang beragama Islam disekolah tersebut..aktiviti yang ku suka sekali ialah..pertandingan personaliti Islam..pertandingan melalui pemerhatian terhadap pelajar..hehe..siapa yang menang..?..tia tauu…

budsk

Lepas saja seminggu tu..sambung pula dengan Minggu Bahasa Melayu..tambah pulak sekolah ganti untuk hari raya nanti..penat sungguh ku rasa..tapi..im never depressed here..thank god..sabtu nih pula saya akan menjalankan Kem Bestari Solat Fasa II..semua sudah disediakan dengan baik..dari segi logistik dan sebagainya..hehehe..

Oklah..itu saja lah dulu..lainkali ku apdate lagi ya..

gtyujkil

July 1, 2009

Kursus Professionalisma

Filed under: My Story — ais putih @ 10:56 pm

kursus 2

kursus 3

kursus

kursus 4

kursus 5

kursus 6

Assalamualaikum..

Ini adalah gambar sekitar Kursus Professionalisma Guru dan KTBM bagi sekolah-sekolah Zon 2, Melalap..

Enjoy ahh..

June 28, 2009

Aksiden Bah..

Filed under: My Story — ais putih @ 12:17 pm

blog

bloh

Kemalangan berlaku dalam 150 meter dari rumah aku..berdekatan dengan Petronas, Tenom..hehe..berdekatan dengan mahligai sewa ku di Taman Juta..aiseh..hik hik hik..

Berlaku pada jam 5 lebih petang begitu..seorang cedera separa parah..di laporkan mengalami kecederaan bahagian mata..jalan terus menjadi jem petang itu..sebanyak tiga kereta lipan datang dengan lajunya..terdapat beberapa polis penyiasat datang…kekeke..

laporan ringkas dari ku…wahahaha..

Ustat Wiryawan
Tenom

June 26, 2009

Rest In Peace

Filed under: My Story — ais putih @ 9:04 pm

jackson

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohmu..

« Newer PostsOlder Posts »

Create a free website or blog at WordPress.com.