My Story So Far

March 30, 2008

Exhausted

Filed under: My Story — ais putih @ 11:20 pm

alone.jpg

Assalamualaikum..

Pagi tadi mesyuarat berjaya di jalankan dengan baik dan lancar sekali. Ahli Jawatankuasa baru untuk PIBG 2008 pun sudah di bentuk dengan suasana ceria dan harmoni. Tidak ada tsunami yang melanda dalam proses pemilihan tersebut. Kekeke.

Nak kat penat, memang aku kepenatan. Malam sebelum tuh aku tidur dan terbangun jam 1 pagi. Pasal apa? Sebab nak tengok bola Manchester United vs Aston Villa. Dan sengkangan mataku pada pagi buta itu berbaloi sebab Manchester United menang dengan jayanya. Yea Yea.

Minggu depan aku dapat lagi 7 hari bekerja. Kena jadi pengiring para pelajar untuk Program Integrasi dekat labuan juga. Kebetulan padamasa yang sama aku terlibat dengan Pertandingan Boling. Pastinya aku pergi juga untuk game tersebut. hihihi.

nikah.jpg

Ketika Ibu Bapa mengambil slip keputusan anak anak mereka, di satu sudut aku juga melayan Ibu Bapa yang ingin mengambil slip slip keputusan anak mereka yang berguru kelaskan aku. Ustaz Ciptho. hehehe.

Kesimpulannya?

” Cikgu saya tidak kesah kalau cikgu berkeras dengan anak saya, yang penting anak saya tu jadi pandai ”

Terlalu tinggi harapan mereka..Tapi sejauh mana anak anak mereka menyedarinya..??

March 29, 2008

Nervous Day

Filed under: My Story — ais putih @ 10:45 pm

silhoutte.jpg

Assalamualaikum…

Sebelum melangkah jauh lagi pada kali ini, gambar di atas terletak di Labuan International Airport. Dan pasal tajuk di atas, kali ni ku bercerita tentang bagaimana nak bercakap dengan wakil keluarga bagi anak anak murid kelasku esok.

Esok pagi, dekat Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan akan berlangsung Mesyuarat Agung PIBG dan penyerahan slip keputusan peperiksaan bulan Mac. Yang mana aku sebagai guru kelas akan berhadapan dengan kemungkinan Ayah dan Emak atau Abang Dan Kakak bagi wakil student ku nanti.

Nak menyusun ayat tuh yang buat aku pening jugak. Ayarghh. Semoga semua berjalan Lancar esok.

anak.jpg

Tadi sabtu ada kelas ganti, tapi untuk kelas tingkatan 3 aku tidak mengajar, hanya buat pembersihan kelas secara besar besaran. hehe. Dan tidak sah kalau tiada pelajar yang cuba lari dari kerja, mengejar mereka yang lari pagi tadi bukan nya membuat kan aku marah, tapi membuat kan ku tercuit hati dengan perangai mereka..

Kerana aku pernah menjadi mereka..

March 28, 2008

Child

Filed under: My Story — ais putih @ 11:13 pm

gmbus.jpg

Assalamualaikum

Setiap kali aku mengajar mengaji Quran anak anak kampung, pastinya selain ku memerhatikan bacaan mereka, aku juga dapat memerhatikan tabiat mereka. Terutama nya sementara menunggu giliran mereka yang membaca.

Tadi sekali lagi mengajar mereka, untuk pertama kalinya ada dua beradik lelaki menzahirkan tabiat mereka, bermula dengan berebut penunjuk ketika membaca Al-Quran dan sehinggalah mereka lebih agresif (gaduh anak anak).

Bila ku melihat gelagat mereka, yang si abang dengan keegoan yang tinggi, sentiasa tidak puas hati apabila melihat adiknya membuat sesuatu perkara. Ku larang mereka lebih awal agar tidak berlaku pra perang saudara.keke.

Sedar si ustaz sudah mengarahkan mereka berhenti maka si abang dan si adik menjauhkan diri masing masing dengan buku Iqra masing masing. Dan si abang tidak mempunya penunjuk ketika mebaca nanti, maka si abang mengambil pensil dan sempat lagi mengganggu adiknya menggunakan pensil tadi, di balas pulak oleh si adik dengan menggunakan penunjuk si adik yang di buat dr lidi.

Akhirnya..

” Ok, kamu dua orang berdiri, bawa buku Iqra kamu tuh, sementara menunggu giliran kamu ni, kamu berdiri sampai lah giliran kamu nanti, bila giliran kamu nanti pun kamu kena baca berdiri, Faham? ” kataku

” Faham Ustaz ” balas mereka serentak seirama

Ku dapat mengajar dengan tenang…

March 27, 2008

Kudrat

Filed under: My Story — ais putih @ 9:09 pm

tari.jpg

Assalamualaikum..

Sekarang ni musim sukan sekolah dekat Labuan. Jadi ramai pelajar dan guru yang tidak ada dekat sekolah. Sekolah pun jadi macam sunyi. Tambah pulak sekolahku sekarang nih nak buat Mesyuarat Agong PIBG. Kami yang GPI nih, sibuk pulak dengan MTQ. Tak sibuk sangat lah.kekeke. Tapi masih dalam lingkungan kerja kerja yang menagih kudrat manusia.kekeke.

juan.jpg

Sabtu nanti ada kelas ganti selepas sekolah mengambil cuti pada 7 Mac lalu..

Ohhh Kudrat

March 26, 2008

After Works

Filed under: My Story — ais putih @ 6:25 pm

hide.jpg

Assalamualaikum..

First of all, thanks banyak banyak sebab ade jugak kawan2 yang masih sudi bertandang ke rumah baru.keke..selalu nyer kene buat kenduri nih.tapi bila dah kat alam maya nih.tak de dah kenduri kenduri nih.keke.haa bulih jadi isu nih.isu amalan kenduri akan terhakis kerana kemajuan internet.keke.

Apepun, ku baru saja balik dari keje. Tadi duduk dekat sekolah sebab ada nak jadi hakim Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ). Nanti ku bagi masuk gambar2 dekat sini.

Gambaran sebenar dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), apabila MTQ berlangsung, sambutan kurang memuaskan,berbanding dengan Sekolah Menegah Kebangsaan Agama (SMKA). Terlalu ketara jurang yang di antara dua buah sekolah ini.

Mengubahnya?

March 25, 2008

Morning

Filed under: My Story — ais putih @ 10:17 pm

future.jpg

Baru bangun pagi sebenarnya.baru sedar komputer tak tutup dari semalam.lepas jer buat keje kunun nak rehat sat.tapi apakan daya.ku hanyut di bawa arus tidur.aiseh.

Lepas nih nak mandi. Pegi sekolah dan Ngajo anak anak.kekeke.ok lah yer..chiaaa..bye bye..

7 Days

Filed under: My Story — ais putih @ 8:58 am

etoeta.jpg

Assalamualaikum

Minggu ini bila ku tengok kalendar, baru ku perasan yang minggu ini aku akan bekerja selama 7 hari, bukan kerja ape lah..cuma program program peribadi dan bukan peribadi yang berterusan itu yang membuatkan ianya menjadi 7 hari.hehe.

Habis waktu persekolahan jam 2 petang tadi, sebenarnya kami ada taklimat khas dari Badan Pencegah Rasuah, tapi saya terpaksa untuk tidak menghadiri taklimat ini kerana bergegas ke kolej Matrikulasi Labuan (KML), untuk menguruskan tempat untuk program kecemerlangan PMR dan SPM besok.

Dan sekarang 4.30 petang, aku baru saja sampai ke rumah..huarghhhh..ngantuk ngantuk..

Besok anak bangsa ku akan berkursus di KML..

hepi1.jpg

March 24, 2008

Lovin` It ?

Filed under: My Story — ais putih @ 1:12 pm

null

Baru balik dari mengajar kitab suci Islam..makan pun belum lagi..terus menghadap komputer dan absolutely bermain dengan adobe photoshop..dan gambar di atas adalah antara hasil nya..enjoy..!!

First Time

Filed under: My Story — ais putih @ 8:31 am

Aku cuba mencari semula semangat ku untuk kembali aktif dalam dunia blog yang ku tinggalkan sejak beberapa bulan lalu. Yang pasti sejak ku kembali ke Malaysia ini. Alasan untuk mengatakan tidak ada benda yang dapat di kongsi bersama pastinya tidak dapat ku terima sedangkan masih banyak cerita menarik berlaku di sekeliling kita.

Yeahh..Rajin kan aku kembali dalam dunia ini..

Create a free website or blog at WordPress.com.