My Story So Far

December 7, 2009

Tense Hour

Filed under: My Story — ais putih @ 8:15 am

Semalam ada taklimat Kerja Kursus Berasaskan Ilmu..

Macam-macam ada ketika taklimat ini berlangsung..Tidak mahulah daku bercakap mengenai kebaikan dan keburukan dalam sesi taklimat ini..sebab memang macam-macam fe`el yang timbul..

Apa yang menarik perhatian aku ialah..Bagaimana orang yang memahami psikologi dapat mengubah suasana/perasaan dalam sekelip mata..dari menjadikan seseorang itu berasa tertekan tiba tiba menjadi lembut hati..bagaimana seseorang yang marah boleh jadi senyum..dapat mengubah dari gembira kepada tertekan..santai kepada tension kemudian happy semula..hanya dengan mendengar olah-olah kata dari orang yang memahami psikologi..itu adalah kemahiran yang aku belum ada..

Magical stuff..Impressive..

Advertisements

December 6, 2009

Tanah Tumpah

Filed under: My Story — ais putih @ 11:16 am

Assalamualaikum W.B.T

Hehehe..apa yang penting hari ini adalah hari terakhir di maktab bagi cuti bulan 12 ni..tidak sabar sudah mau balik W.P Labuan. Cuma yang masih menjadi ketidak berapa pastian..keke..nak balik bila..pagi esok atau petang esok..Feri ke Labuan ni ada dua kali saja sehari..satu jam 10.30 pagi yang memaksa aku bertolak jam 7.00 dari Kota Kinabalu ini..manakala feri kedua pada jam 4.30 petang..yang menuntut aku untuk bertolak sekitar jam 1.00 petang dari kota kinabalu..

Malam ini aku fikirkanlah mana satu yang ku pilih..selepas menimbang sana sini faktor yang rasional..hehe..Lagipun masih banyak yang ku perlu lakukan lagi di kota kinabalu ini..Daku nak beli buku kerja j-Qaf untuk kegunaan tahun depan..Kalau lambat beli…habislah dia..maka susahlah jadinya daku ini nanti..nak kena buat latihan budak-budak dengan kreativiti daku yang tidak berapa kreatif ini..hehehe…

Sekarang ku mengapdate dari bilik C41..IPGM Kampus Gaya..Kelas Bahasa Arab (Major)..yang diajarkan oleh Ust Tengku..

Jumpa Lagi nanti naaa

December 3, 2009

Kenduri

Filed under: My Story — ais putih @ 5:26 pm

Assalamualaikum…

Apa kabar kepada pembaca-pembaca yang singgah atau tersinggah ke blogku ini. Aku online dari bilik C41, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya…Masih setia menggunakan Celcom Broadband..Thanks..hehe..Malam ini aku dan kawan-kawan akan mengikuti taklimat Praktikum KPLI j-QAF untuk tahun depan..erghhh.. dapat ku bayangkan mengenai kerja kerja atau tugasan tugasan yang bakal menjenguk aku dan meminta untuk ianya diselesaikan..kekeke..

Bercerita mengenai tajukku hari ini..adalah semalam seorang hamba Allah menjemput untuk menyertai dia ke kenduri..Melihat gaya percakapan pun memang pasti ianya bukan ajakan ayam ayam..sehingga meminta tolong untuk menggantikan dia membaca doa..hehehe..tapi bila sudah begitu..hamba yang dijemput ini pun balik lah kebilik..dengan membawa sahabat-sahabatnya pergi sekali..maka bersiaplah mereka ini untuk pergi ke kenduri nun…

Sempay si hamba ini menulis mesej kepada yang mengajak ini agar pergi ke bilik nya dahulu sebelum bertolak ke kenduri tersebut..Namun begitu apa yang terjadi..

Hamba yang mengajak itu pergi tanpa kata kata..tinggallah yang diajak ini terpinga-pinga..

Kesian…dan tak patut..

December 2, 2009

Penyuburan Diri Insan Guru

Filed under: My Story — ais putih @ 10:13 am

Sukan Sekolah 2009

Daku tengah berada didalam kelas Penyuburan Diri Insan Guru..(PDIG)..hehe..Sambil-sambil kelas tengah berehat sebentar..ku mengambil peluang untuk melayari internet..(thanks to celcom broadband)..hehe..Lepas nih aku akan buat pembentangan slide power point nun..Berkisar tentang Kesedaran Alam Sekitar..

4 hari lagi interaksi dimaktab akan tamat..kekeke..nak balik rumahhhhhhhh..tengok tv..baring-baring di ruang tamu..hehehe..

December 1, 2009

Filed under: My Story — ais putih @ 1:06 pm

Dalam kelas

7 Disember 2009..
Habis interaksi disember..
Arrghhhh..Lamanya lagiiii..

Create a free website or blog at WordPress.com.