My Story So Far

July 10, 2008

Ku di meja..

Filed under: My Story — ais putih @ 4:30 pm

Assalamualaikum…

Jam 4.30 petang waktu Malaysia..baru lah ku dapat meluangkan masa di ruang maya (ntnet) ini..hehe..sesambil tuh ku baca buku (Asrar As-Samawat Wal Ard Fil Quran)..hehe..insya Allah ku masukkan kan sikit terjemahan yang sempat ku buat untuk post ku kali ini..hehe..

Nak bercerita pasal bumi…Bumi adalah antara satu planet yang mempunyai ciri-ciri ketelitian yang sempurna,paling cantik di dalam sistem solar, dan planet yang terbaik di alam semesta. Ini kerana bumi yang menjadi tempat kita tinggal ini telah di cipta oleh Allah S.W.T dengan satu cara yang tiada tolok bandingan. Penuh dengan kesempurnaan sehingga ianya menjadi tempat tinggal kepada makhluknya.

Firman Allah S.W.T ” Sesungguhnya kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah dari kalangan kamu yang bersyukur.”

Seperti yang kita maklum, planet selain darpada bumi yang terdapat di sistem solar kita ini adalah menjadi satu tempat yang mustahil untuk kehidupan hidup padanya. Ini disebabkan ketiadaan unsur-unsur yang membolehkan hidupan hidup di situ. Inilah antara keistimewaan Bumi kita.

Hehe..lain kali kita jumpa lagi yaaa…

Blog at WordPress.com.