My Story So Far

April 27, 2008

Throw That Ball

Filed under: My Story — ais putih @ 4:57 pm

Assalamualaikum W.B.T

First of all..sebelum ku pergi mengarang dengan lebih jauh lagi..hehe..ku pernah keluar dengan Syed Nasir..(syednasir.com)..so dari apa yang di ceritakan olehnya kepada kami kami nih..bahawa kalau boleh..biar tangkap gambar yang boleh masuk berita..dari segi posisi gambar dan sebagainya..so aku try buat lah nih..its up to u as viewers..to menilai gambar game bola baling sekolah sekolah baru baru ini..

Aku jadi pengurus sukan bola baling untuk sekolah aku, alhamdulillah pasukan sekolah ku telah menjalankan tugas dengan baik..walaupun tidak sampai ke puncak kejayaan..hehe..tapi tidak mengapa cuba lagi tahun depan..hikss..

Tempoh hari aku buat notis untuk perletakan jawatan..konon nak buat backdated kat surat notis tuh..tapi tidak di benarkan oleh boss..so kenalah aku masuk kerja dekat Baitulmal pada 23 mei 2008..tapi aku tetap nak kena lapor diri dekat Baitulmal pada 2 mei nanti..

Sekarang nih dekat labuan sibuk dengan pesta air antarabangsa..27 april barulah aku ada kesempatan untuk pergi tengok tengok pesta tersebut..dengan cuaca panas terik..subhanallah..macam air paip jer liang peluh aku mengepam peluh peluh keluar dari tubuh ku..hikss..tapi seronok jugak sebab meriah..keke..sekali sekala berpanas panasan..apa salahnya..summer lah kunun..

Ohh ya lupa..jumaat dan sabtu lepas..aku pergi kursus..kursus PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja)..penceramah di jemput dari JPN Sabah..encik mokhtar kalau ku tidak silap..dan kursus tersbut..best sangat..hehe..banyak jugalah ilmu yang di peroleh..

Ku impressed dengan buah fikiran yang di berikan kepada kami..terutamanya bagaimana kita mengadaptasikan gaya kerja kita sama seperti apabila sesuatu kematian berlaku..perkara ini betul betul berlaku di luar pemikiran ku..keke..nanti ku cerita apa kaitan mati dengan gaya kerja kita..hehe..

Ok lah guys..next time ku update lagik…

Advertisements

April 20, 2008

Transfering

Filed under: My Story — ais putih @ 9:15 pm

Assalamualaikum..

Huhu..baru balik dari Kem Sejarah anjuran Jabatan Muzeum cawangan Labuan..best jugak ku lihat perkhemahan ini, walaupun budak budak lah yang menikmati semua keseronokan tersebut..geguru nih tengok pelajar pelajar dia senang hati..maka hati geguru pun pastinya senang..aisehhh..hikss..

Esok nak kena kerja sudah..hehe..apapun maybe minggu ni aku adalah minggu terakhir aku bekerja berprofesion guru..sebab ku akan berpindah ke jabatan lain..hehe..aku akan bekerja dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan cawangan Labuan..huhu..aku bakal bekerja di tingkat 13 Ujana Kewangan Labuan..apa apa hal..cari saja daku dekat tingkat 13..hehehe..

Ku belum memaklumkan lagi kepada pentadbiran sekolah tentang perkara ini..minggu inilah ku rasa nak bagi tau kepada pihak pentadbir..jodoh ku doi sekolah tersebut sudah hampir tamat nampak gayanya..yang pasti..pengalaman yang berharga dalam profesion guru mengguru nih amat lah berguna untukku..

Apapun tugas guru itu pasti melekat pada diri ku..kerana tugas guru tidak akan putus untuk satu satu masa..sebagai contoh dekat sekolah pastinya cikgu2 akan di panggil dengan panggilan cikgu..begitu juga apabila cikgu pergi ke pasar dan terserempak dengan pelajar atau ibu bapa pelajar..mereka juga akan tetap memanggil dengan panggilan cikgu..seorang cikgu tak boleh mengatakan ” ehh..saya jadi cikgu sampai jam 2.00 petang saja..skrg bukan waktu skolah saya bukan cikgu lagi “..Dari situ kita dapat lihat..tugas seorang guru tidak akan putus..

Kata pelajar ku ” betul kah ustaz mau pindah sudah? kami mogok ni sama pengetua supaya ustaz tidak jadi berpindah ”

Itulah antara kata-kata pewaris masa depan negara kita…

April 17, 2008

Power Supply

Filed under: My Story — ais putih @ 9:00 pm

null

Assalamualaikum

Komputer aku telah rosak dua hari lepas..bukan rosak sebab virus atau apa..tapi sebab power supply nyer no longer setia berkhidmat untuk tuannya..hehe..mau tidak mau kena hantar juga dekat kedai komputer tuk di baiki..

Alhamdulillah masa ni baru lah dapat ku menggunakan komputer dengan selesa..selama dua hari ni aku menumpang laptop adik ku..dah lah banyak kerja aku dekat komputer nih..kalau lah kena format benda dalam kom aku nih..mengamuk jugak daku jadinyer..kekke..

null

So..minggu ni aku kena iringi pelajar lagik ke kem sejarah dekat Taman Pertanian Kilan, Labuan..aku sendiri tak pernah masuk dalam tuh..tengok dari luar selalu jugak terutamanya ketika kerja bersama UMS dulu..hehe..

So Jumaat malam samapai ahad ku tidak akan membuat sebarang posting lah..melainkan ku ada kesempatan..hua hua..manalah tau kat tempat tuh ada internet ker ape kan..hiksss..

Ok lah ku jalan dulu..nanti gambar ku masukkan ke sini..semoga berjaya everybody..

April 13, 2008

Hyper Active

Filed under: My Story — ais putih @ 2:33 pm

null

Assalamualaikum

Petang ahad memang masa untuk baring sana..guling sini..guling sana..hehe..tapi masih ada golongan di luar sana yang terus mencari rezeki untuk menyara hidup seharian..yeahh semoga dapat rezeki yang banyak..amin ya rabbal alamin..

Sabtu kelmarin semua GPI dan guru j-qaf di jeput hadir pada majlis Majlis Tilawah Quran Sekolah Sekolah Kementerian Pelajaran Labuan..sekolah aku dapat lah satu no saja bahagian hafazan..naib johan gitu..Alhamdulillah..lebih baik dari tiada..hehe..johan keseluruhan ialah sekolah menengah sains labuan..sekolah bijak bestari gitu..ehhehe..

Pagi ahad ini aku pegi sekolah, ada kerja nak di buat sikit tadik..sensorang saja dekat sekolah tadi..sebab ku datang awal sangat..hehe..kebetulan takde benda nak buat dekat rumah kan..tapi kalau jam 10-11..memang ramai guru lain datang tuh..sekali sekala semangat..apa salah nyer kan..hhihi..

null

Petang ini aku akan ke dewan pohon batu..sebab nak pegi main badminton..habis main badminton tuh karang..sambung main bola sepak pulak..hikss..ke arah masyarakat malaysia yang sehat lah kunon..hehehe..

Pagi tadi ku tengok astro ria..ada rancangan yoga..haha..guess what?? ku ikut skali aksi aksi mereka..all me punya family gelak mau pecah perut bila ku try ikut aksi aksi mereka..fuhhh..

Ku rasa ku dah jadi ” hyper active ”

April 9, 2008

Test paper

Filed under: My Story — ais putih @ 9:39 pm

null

Assalamualaikum..

Tadi macam biasa aku pegi ke sekolah dalam sekitar 6.50 pagi begitu. Kira lewat dah tu, walaupun waktu P & P belum lagi bermula.Sampai saja ke sekolah aku ambil kehadiran pelajar kelas aku dan ada dua orang yang tak hadir.

Tadi pagi juga aku di hubungi oleh emak seorang pelajar, bertanyakan anak nya ada di sekolah atau tidak, maka aku pun kata tiada sebab student ni dan 4 hari tak datang sekolah. Emak nya menjangkakan anak nya ke sekolah rupanya anak nya melencong ke tempat lain. So apa mau buat? aku keluarkan surat cinta kedua kepada student tu nanti bila dia sudah hadir ke sekolah kelak.hehe.

null

Dan tadi juga aku di cerap (lebih kurang di pantau lah gitu) ketika aku mengajar tingkatan 1 tadik. tapi alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar, tidak aa lah rasa segan atau macam macam lagi. Harapnya semua berjalan dengan lancar.wuisehhhh.

Sebelum balik petang tadi, ingat segalanya sudah selesai untuk hari itu, tiba tioba kena panggil untuk mesyuarat untuk program [paluan kompang dan formasi], jadi ku telah di lantik sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bersama sorang lagi guru dr sekolah ku ini.

null

Dan sekrang, ku melencong kejap untuk update blog ku ini, sebab aku tengah membuat test paper untuk form satu bagi peperikaan semester 1 untuk tingkatan 1.

Bila nak siap test paper ku ini…”urut kepala”

April 8, 2008

Paper Works

Filed under: My Story — ais putih @ 10:08 pm

null

Assalamualaikum

Lama juga aku tidak update blog ku ini, kali nih memang kena apdate juga, curi masa sedikit di sebalik masa yang terlalu cemburu. sekarang nih ku tengah kepenatan dek aktiviti yang tak putus putus menjelang tiba.

Selepas kursus integrasi pelajar hari tu, aku tak dapat nak ambil gambar untuk day 2. sebab pagi tuh ku bowling tournament, apapun kumpulan kami tak bernasib baik, sebab dari 6 orang ahli sebenar hanya tiga yang mari, yang lain mempunyai komitmen lain, tidak apa lah tu yang penting semua warga sekolah gembira.

null

Then petang itu aku rancang nak kejar kursus integrasi tapi apakan daya kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menetukan, akhirnya ku tidak berkesempatan untuk kejar kursus tersebut, n aku terpaksa set kat kepala ku yang aku kena datang malam nih ke kursus integrasi tersbut.hehe..dan akhirnya aku pun datang, stay situ sampai jam 12 tengah malam..memang ku kepenatan..tapi sudah tugas..

Besok nya ahad hari tuh, ku pegi ke kursus tuh untuk hadiri majlis perasmian penutupan, aku kena datang jugak lah sebab aku guru pengiring, kena jaga budak sampailah derang semua kena ambil oleh famili diorang nanti. Lepas majlis tuh aku tunggu lah anak anak murid ku nih sampai lah semua dah balik..

null

Dan yang terakhir isnin lepas, ku pergi meeting dekat Kementerian pengguna untuk membincangkan tentang perancangan tahunan kelab pengguna sekolah, maka aku pun pegi, antara arahan yang di terima selepas meeting tersebut ialah, kena submit kertas kerja bagi setiap perancangan dalam masa dua minggu ke KPDN..

Maka aku pun balik ke sekolah semula lepas meeting 3 jam gitu, n bila masuk ke pejabat pentadbiran, kerani bahagian surat tertunduk2 bagitau yang ada lagi surat untuk ustaz, baru sampai tadi..n aku tengok dengan kelesuan..

Meeting dan taklimat serta bertugas untuk test profisiensi bahasa inggeris..tarikhnya….

“aku lupa”

April 4, 2008

Perkhemahan Integrasi – Day 1

Filed under: My Story — ais putih @ 9:35 pm

First day untuk Perkhemahan Integrasi Sekolah Menengah 2008..Just upload gegambar yang ada. Kali ni tiada editing yang dramatik untuk gambar gambar. Sebab ku terlalu penat. So enjoy..

integ-1.jpg

Pelajar lelaki baru nak belajar pasang kem..

integ-2.jpg

Bekerjasama demi membangunkan tempat berteduh..

integ-3.jpg

Dah siap pun..hehehe

integ-4.jpg

Student sekolah ku..yeah semangat semangat..keke..

integ-5.jpg

Peserta perkhemahan lelaki..

integ-6.jpg

Khusyuk buat kerja si Fenson Lim..my student also..keke

integ-7.jpg

Gelak tawa gembira riang suka ria..

Ok itu saja kali ni..next time aku upload lagik untuk aktiviti hari kedua..and tomorrow at 9 pagi..aku akan ke ujana kewangan sebab ada tournament bowling..doakan team ku menang..hihihi..

April 3, 2008

Hot and getting hotter

Filed under: My Story — ais putih @ 7:37 pm

burung.jpg

Assalamualaikum w.b.t

Dua hari kebelakangan ini panas di labuan menjadi jadi, aku yang menjadi antara salah seorang penunggang motorsikal di labuan ini pastinya merasa kehangatan cuaca di labuan ini. Pastinya mengingatkan aku kepada Zainal Abidin yang berteriak berirama berlagu Hijau ;

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo

Jaga lah bumi kita..

April 1, 2008

Schedule

Filed under: My Story — ais putih @ 11:46 pm

bair.jpg

Assalamualaikum

Hari ini perjalanan kesah di persekolahan berjalan dengan baik. Hujan di pagi hari menyebabkan perhimpunan pagi tidak dapat di jalankan. Maka pelajar di arahkan masuk terus ke kelas masing2 sambil menanti guru yang akan masuk.

Kelas ku hanya bermula pada jam 9 pagi, maka sebelum jam 9 aku menyiapkan kerja ku mana yang patut. Antaranya menyiapkan rekod kedatangan pelajar, Rancangan pengajaran harian, dan macam macam lagi.

Inilah alam yang ku tempuhi kini..enjoy saja bahhhhhh..

4-5-6 April 2008
(Pengiring pelajar untuk kursus)

5 April 2008
(Bowling tournament)

7 April 2008
(Mesyuarat di Kementerian Pengguna)

Blog at WordPress.com.