My Story So Far

March 24, 2009

Sekian Lama

Filed under: My Story — ais putih @ 3:30 pm

Murid-murid

Assalamualaikum W.B.T

Setelah sekian lama ku tidak mengupdate..hehe..selama ni aku sibuk menguruskan diriku..menstabilkan diriku..untuk masa depan yang masih kita jahil untuk mengetahuinya..huisehh..dulu aku bekerja sebagai penolong pegawai hal ehwal Islam di W.P Labuan..sekarang..sudah berpindah ke tanah besar borneo..Sabah..

Sekarang ku bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom..jauh merantau dari keluarga ku. Walaupun pada asalnya ku tidak merancang untuk berpisah dengan keluarga setelah lama ku merantau ketika ku belajar di Morocco dulu..sudah puas merantau..tp itulah aturan Nya..kita hanya mampu merancang gitu..

Perjalananku sebagai guru di S.K Melalap berjalan dengan tenang..suasana kerja yang rilek..aman..damai..tanpa ada perasaan yang sentiasa mengejar anda untuk menyiapkan sesuatu..pikiran ku amat tenang di sekolah ini..mungkin sesuai dengan kedudukannya di luar bandar..Alhamdulillah..

Cabarannya agak besar..tapi akan ku sebatikan apa yang sepatutnya kedalam diri murid-murid ku..ini kerana sekolahku hanya 20 peratus saja yang Islam..sedikit tapi mencabar..

Ohh yaa…29 Mac 2009..Insya Allah aku akan bertunang dengan pasangan pilihan ku.. R.Nani Binti Ahadin..Doakan segalanya berjalan dengan lancar..

Advertisements

Blog at WordPress.com.