My Story So Far

January 15, 2010

Anak ‘buang’ bapa di pusat dialisis Perlis

Filed under: My Story — ais putih @ 6:00 pm

15/01/2010 4:39pm

KANGAR 15 Jan. – Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di sini semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.

Lelaki yang berasal dari Kodiang, Kedah itu menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan, tetapi sehingga pusat tersebut menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.

Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis berkenaan telah menghubungi anaknya tetapi anak tersebut tidak datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temu bual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai seorang anak perempuannya.

Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.

– Bernama

**** tidak sepatutnya terjadi..apa sudah jadi..bagai membuang kucing peliharaan ditepi jalan..

Advertisements

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: