Assalamualaikum W.B.T
Hehehe..apa yang penting hari ini adalah hari terakhir di maktab bagi cuti bulan 12 ni..tidak sabar sudah mau balik W.P Labuan. Cuma yang masih menjadi ketidak berapa pastian..keke..nak balik bila..pagi esok atau petang esok..Feri ke Labuan ni ada dua kali saja sehari..satu jam 10.30 pagi yang memaksa aku bertolak jam 7.00 dari Kota Kinabalu ini..manakala feri kedua pada jam 4.30 petang..yang menuntut aku untuk bertolak sekitar jam 1.00 petang dari kota kinabalu..
Malam ini aku fikirkanlah mana satu yang ku pilih..selepas menimbang sana sini faktor yang rasional..hehe..Lagipun masih banyak yang ku perlu lakukan lagi di kota kinabalu ini..Daku nak beli buku kerja j-Qaf untuk kegunaan tahun depan..Kalau lambat beli…habislah dia..maka susahlah jadinya daku ini nanti..nak kena buat latihan budak-budak dengan kreativiti daku yang tidak berapa kreatif ini..hehehe…
Sekarang ku mengapdate dari bilik C41..IPGM Kampus Gaya..Kelas Bahasa Arab (Major)..yang diajarkan oleh Ust Tengku..
Jumpa Lagi nanti naaa
